PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH, DASAR, DAN PEMBANGUNAN


ZARINA BINTI RIBA
            &
NURUL IZURA BINTI ZAMRI

HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH, DASAR, DAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.




Seperti yang telah dipaparkan dalam jadual di atas, kita dapat lihat bahawa walaupun Falsafah, Dasar, dan Sistem Pendidikan dari segi fungsinya, namun pelaksanaannya adalah satu iaitu ketiga-tiganya saling berhubungkait antara satu sama lain. Dengan kata lain, ketiga-tiga komponen ini, mempunyai tujuan yang sama iaitu ke arah pelaksanaan pendidikan yang sempurna dan memperkembangkan lagi sistem pendidikan di Malaysia agar dapat bersaing dengan ngara maju.


NURUL BINTI JASLAN

FUNGSI FALSAFAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN.

Fungsi falsafah terhadap Pendidikan yang dapat lihat adalah falsafah merupakan perkara yang menentukan matlamat dan hala tuju Pendidikan. Falsafah dapat mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan, berketerempilan, mempunyai jati diri, progresif dan berinovatif. Dalam masa yang sama falsafah dapat merapatkan jurang Pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan Pendidikan untuk semua yang disasarkan oleh UNESCO. UNESCO adalah singkatan dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Falsafah juga dapat melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-kurangnya 3 quotient iaitu intellectual quotient, emotional quotient dan spiritual quotient.

Selain itu, falsafah juga berfungsi sebagai panduan kepada kebermaknaan hasil Pendidikan. Pembelajaran adalah sebuah upaya dengan tujuan kebermaknaan belajar. Memahami pengertian demikian, Pembelajaran adalah aktiviti yang bergantung dengan tujuan belajar yang sebenar.  Pengetahuan yang tak terbatas menyebabkan tujuan-tujuan belajar disederhanakan pada konsep ilmu tertentu. Dalam masa yang sama kebermaknaan sendiri tidak terlepas dari interaksi.  Interaksi, bagi pelajar dapat difahami sebagai kebermaknaan terhadap berbagai sumber belajar. Oleh sebab itu kebermaknaan belajar terhad pada masa yang diperlukan. 

Dari sudut lain pula dapat kita lihat kepentingan falsafah dalam Pendidikan adalah sebagai penambahbaikan Pendidikan. Mengkaji semula peranan guru termasuklah tugas dan tanggungjawab guru itu sendiri. Guru seharusnya memberikan tumpuan yang sepernuhnya terhadap tugasan mengajar dan mencari cara untuk memperbaiki Teknik mengajar bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar sehingga mencapai tahap yang maksimum. Seperti yang telah di war-war oleh Menteri Pendidikan sendiri pada masa yang sama ingin melihat tahap literasi dan mengira dapat di serap dalam diri setiap pelajar itu. 


JUMRIYATI BINTI MARZUKI

PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA.

Pendidikan menurut kamus dewan ialah perihal mendidik. Pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Sesebuah negara yang mahumembangun memerlukan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat mereka. Menurut Mok Soong Sang (1991), di dalam bukunya ‘Pendidikan di Malaysia’ merumuskan bahawa pendidikan di Malaysiaialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, danemosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalamansupaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri, masyarakat, bangsadan negara. Jadi, jelaslah bahawa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membangunminda masyarakat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan di mana mereka mampumenggunakan ilmu tersebut dalam memberikan sumbangan kepada negara.

Falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran  masyarakat dan negara juga jelas menunjukkan peranan dan kepentingan pendidikan itu sendiri dalam konteks yang lebih terperinci.Maka,dengan adanya pendidikan,ia mampu mengubah nasib diri seseorang bergantung dengan tahap pendidikan yang diterimanya.Ilmu yang diperolehi dengan secara langsung ataupun tidak langsung mampu memberikan satu perubahan dalam kehidupan seseorang sekaligus membawa diri jauh daripada kelompok kemiskinan dan hidup tanpa arah tujuan.

Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah dijelaskan,kita tidak boleh sekadar memandang kepentingan pendidikan dalam skop ekonomi sahaja.Malahan pula,adalah menjadi keutamaan dalam pendidikan untuk melahirkan insan yang lengkap dengan nilai-nilai murni dan moral yang baik dalam kehidupan bermasyarakat serta peribadi khasnya.Hal ini kerana,sesuatu pembangunan negara akan lebih terjamin dengan adanya asas kehidupan yang baik dalam diri setiap individu apatah lagi kepada perintis masa hadapan negara.Di samping itu,kemahiran dalam bidang lain juga perlu diterapkan untuk mencapai dan memenuhi keperluan tenaga kerja negara yang permintaannya semakin tinggi dek kerana arus pembangunan negara yang pesat.

Selain itu,tanpa pendidikan pula masyarakat kita akan menjadi mundur dan ketinggalan dalam arus modenisasi pembangunan yang sedang rancak dijalankan di negara luar.Oleh itu,peranan pendidikan untuk memenuhi keperluan negara dalam membekalkan tenaga kerja yang progresif,berintegriti dan mempunyai tahap kognitif yang tinggi adalah penting agar Malaysia dapat bersaing seiring dengan negara-negara maju .Dalam pada itu,strategi transformasi kearah negara maju juga menjadi lenih efisen dan berkesan.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa pendidikan mampu menjana masa depan negara ya g lebih membangun.Namun begitu,yang paling penting adalah sikap keterbukaan setiap rakyat Malaysia untuk merebut dan mencari peluang yang ada demi mencapai kejayaan dalam diri sendiri dan juga untuk berbakti kepada negara kita Malaysia.


NURULAISYAH BINTI ABU BAKAR

IMPAK PEMBANGUNAN NEGARA TERHADAP KEMAJUAN PENDIDIKAN

Pendidikan mencorakkan negara. Pendidikan merupakan salah satu tunjang yang bergerak seiring dengan pembangunan sesebuah negara. Tambahan pula, pembangunan negara memberi impak yang besar terhadap kemajuan pendidikan. Hal ini demikian kerana, pembangunan negara sedikit sebanyak memberi kesan terhadap Pendidikan. Semakin membangun sesebuah negara maka semakin majulah pendidikan di negara tersebut. Peningkatan kualiti Pendidikan berkait rapat dengan pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Pendidikan perlu berupaya dalam melahirkan warganegara yang dapat merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru dan berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka. 

Antara impak pembangunan negara terhadap kemajuan ialah berlaku peningkatan kualiti murid sama ada di dalam kelas atau pun di luar kelas. Hal ini demikian kerana, apabila sesebuah negara itu membangun, kemudahan-kemudahan atau alat bantuan mengajar di dalam kelas akan bertambah canggih dan lengkap. Sebagai contoh penggunaan ICT dan capaian internet di dalam kelas dapat dijadikan sebagai alat bantuan mengajar oleh guru. Guru boleh menggunakan alat bantuan ini untuk menarik perhatian supaya pelajar berasa lebih fokus dan aktif di dalam kelas. Tambahan pula, reaksi pelajar yang responsive di dalam kelas dapat meningkatkan kefahamannya ketika belajar. 

Selain itu, impak pembangunan negara terhadap kemajuan Pendidikan juga dapat melahirkan cendekiawan-cendekiawan yang berprestij di dalam negara ini. Hal ini demikian kerana, negara yang sedang membangun akan membuka peluang yang lebih banyak kepada rakyatnya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berikutan pertambahan university tempatan ataupun university luar negara di dalam negara. Tambahan pula, terdapat university luar negara yang bertaraf antarabangsa dibina di dalam negara ini seperti cawangan Universiti Nottingham yang dibina di Semenyih, Hulu Langat. Hal ini bermakna rakyat Malaysia tidak perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kesannya, negara dapat melahirkan tokoh atau cendekiawan yang terulung dan membawa nama baik negara di dalam bidang Pendidikan. 

Kesimpulannya, pembangunan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kemajuan Pendidikan. Kemajuan Pendidikan dalam negara dapat melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama serta rakyat yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kepakaran yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian.









Comments

Post a Comment